Khamis, 1 Jun 2023

MARI MENJAWAB KUIZ !

 MARI MENJAWAB KUIZ ! 






KESIMPULAN

 KESIMPULAN

    Pendidikan di Malaysia telah melalui satu tempoh yang panjang bermula sejak era masyarakat Melayu tradisional sehinggalah pendidikan di Malaysia berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk reformasi, transformasi dan pembangunan pendidikan. Malaysia kini berada jauh di hadapan dalam kumpulan negara-negara membangun malah menjadi rujukan kepada negara-negara tersebut. Banyak kejuaraan dan kejayaan di peringkat dunia dikecapi oleh anak-anak Malaysia. Semuanya bermula dari pendidikan, kita belajar dari penjajah, kita membina negara selepas merdeka dan kita bersaing pada era kini. 

VIDEO PENGAJARAN

 VIDEO PENGAJARAN 

HALA TUJU PERKEMBANGAN 

PENDIDIKAN MALAYSIA




Khamis, 27 April 2023

Jenis Pendidikan & Hala Tuju Perkembangan Pendidikan Malaysia

JENIS & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA



UNIT 2 : Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

PENGENALAN

Perkembangan Pendidikan di Malaysia adalah suatu kesinambungan warisan yang panjang daripada sistem pendidikan vernakular hingga akhirnya sistem pendidikan Malaysia kini berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat negara, dasar-dasar negara, Rukun Negara dan sebagainya. 

Dalam unit 2 ini, anda akan dapat :

➤ menerangkan jenis dan hala tuju perkembangan pendidikan mengikut era.

➤ membincangkan kriteria dasar & hala tuju pendidikan setiap era.

➤ menganalisis perkembangan pendidikan semasa era penjajahan.

➤ membanding bezakan matlamat pendidikan terhadap pembangunan insan & negara pada era sebelum & selepas merdeka.