ERA KEMERDEKAAN



CIRI - CIRI PENDIDIKAN ERA KEMERDEKAAN


HALA TUJU PENDIDIKAN ERA KEMERDEKAAN





PENERANGAN :

LAPORAN CHEESEMAN (1946)

- Dikeluarkan oleh Harold Cheeseman.

- Objektif untuk membina semula sistem pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat dikembangkan.

- Rancangan ini gagal kerana hanya fokus kepada pendidikan peringkat rendah dan tidak membawa ke  arah perpaduan kaum.


LAPORAN BARNES (1951)

- Dikeluarkan oleh L.J Barnes.

Tujuan : Saranan ke arah identiti Melayu. Memberi keutamaan kepada bahasa Melayu di samping bahasa Inggeris.

- Satu jenis sekolah rendah yang dibuka untuk semua bangsa ditubuhkan.

- Pendidikan percuma 6 tahun dengan bahasa pengantara Melayu / Inggeris.

- Tidak mengiktiraf sekolah vernakular.

- Bahasa asing diajar sebagai satu matapelajaran.

 

LAPORAN FENN-WU (1951)

- Dikeluarkan oleh Dr William P. Fenn dan Dr Wu Teh-yao.

- Membuat satu tinjauan awal ke atas semua bidang pendidikan Cina kerana masyarakat Cina menolak intipati Laporan Barnes.

- Menubuhkan satu sekolah kebangsaan bercirikan semua kaum.

- Sistem persekolahan majmuk dikekalkan.

- Pengiktirafan bahasa Cina selain bahasa Melayu dan Inggeris.

  

LAPORAN JAWATAN-KUASA KHAS (1951)

- Menyokong kebanyakan perakuan yang terdapat dalam Laporan Barnes.

- Penubuhan sekolah kebangsaan menggantikan sistem persekolahan majmuk sedia ada.

- Memperakukan penyediaan kemudahan untuk mengajar bahasa Cina dan Tamil di Sekolah kebangsaan yang dipohon menerusi ibu bapa.

 

ORDINAN PELAJARAN (1952)

- Matlamat dasar pelajaran kebangsaan Persekutuan ialah untuk mencapai satu pendidikan yang sihat bagi semua kanak-kanak di Persekutuan dengan menggunakan bahasa rasmi Persekutuan yang menyatukan semua bangsa di dalam sekolah jenis kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu.

- Pendidikan percuma 6 tahun.

- Bermula darjah satu, Bahasa Inggeris diajar di sekolah berbahasa pengantar Melayu.

- Bermula tahun ketiga persekolahan, Bahasa Melayu diajar di sekolah berbahasa pengantar Inggeris.

  

PENYATA RAZAK (1956)

- Dikeluarkan oleh Tun Hj Abdul Razak b Dato Hussein

- mempunyai 17 cadangan bermatlamat membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.

- Pendidikan untuk membentuk perpaduan.

- Semua sekolah mempunyai sukatan dan peperiksaan yang sama.

- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan.

- Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah.

- Sekolah rendah ditukar menjadi sekolah kebangsaan.

- Bahasa pengantar kekal di sekolah Cina, India dan Inggeris.

- Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.’

- Sistem pendidikan sekolah menengah terbahagi kepada tiga iaitu: Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

- Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional.

- Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

 

ORDINAN PELAJARAN (1957)

Pembahagian sekolah rendah kepada 2 jenis:

i) Sekolah rendah standard : bahasa pengantar ialah bahasa kebangsaan, manakala bahsa Inggeris sebagai matapelajaran dan bahasa Cina dan tamil akan diberi jika 15 orang ibu bapa kanak-kanak meminta.

ii) Sekolah rendah jenis standard : bahasa pengantar ialah Cina, Tamil atau Inggeris dan bahasa kebangsaan ialah bahasa inggeris jika bukan bahasa pengantar adalah mata pelajaran yang wajib diajar.

- Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan yang diterima pakai oleh rakyat keseluruhannya.

- Bertujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta mengekal dan mempertahankan pertumbuhan bahasa-bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada orang Melayu yang tinggal di sini.


 DAFTAR KATA:

LAPORAN & PENYATA merupakan suatu rancangan yang mempunyai cadangan-cadangan untuk memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu.

ORDINAN bermaksud satu perintah atau undang - undang yang dikeluarkan sebelum tahun 1959. Kini perkataan "Ordinan" telah ditukar menjadi "Akta" kecuali undang - undang yang dikeluarkan oleh DUN Sarawak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan