ERA PASCA MERDEKA

  

CIRI-CIRI ERA PASCA MERDEKA


RAJAH 1 : CIRI-CIRI PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA



HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA


RAJAH 2 : HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA


Hala Tuju Pendidikan Era Pasca Merdeka

       a) Pendidikan era pasca Merdeka lebih menumpukan usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan.

       b) Pelaksanaan pendidikan negara berasaskan kepada Penyata Razak 1956.

       c) Jawatankuasa Rahman Talib telah dibentuk bersempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu beliau merupakan Menteri Pelajaran.  

 


      1. Laporan Rahman Talib 1960  

       a)  Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.

   b) Mewujudkan sistem pendidikan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. 

       c) Reformasi struktur.

1.1. Intipati Laporan Rahman Talib 

   a) Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma. 
   b) Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
   c) Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
   d) Murid naik darjah secara automatik.
   e) Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang.
   f) Pendidikan akhlak dititikberatkan.

 


2. Akta Pendidikan 1961

      Bermatlamat untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan, ekonomi, sosiobudaya dan politik.

         Diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang menggariskan sistem persekolahan seragam.

2.1. Matlamat Akta Pendidikan 1961

   a) Memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan.
   b) Mengubahsuai rancangan pelajaran dan latihan pelajaran.
   c) Memperbaiki mutu pelajaran. 



3. Laporan Hussein Onn 1971


Tun Hussein bin Dato' Onn


Laporan Hussein Onn dipengerusikan oleh Tun Hussein Onn yang merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu.

Tujuan Laporan Hussein Onn 1971 ditubuhkan:

   a) Mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara pada ketika itu.

   b) Bertujuan untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolahan.

   c) Sekolah-sekolah aliran Melayu, Cina, India dan Inggeris.

   d) Sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan masih menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

   e) Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

 f) Bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat - peringkat sebagai bahasa di sekolah aliran Inggeris.

    g) Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara sebagai bahasa antarabangsa bagi meningkatkan pembangunan negara.

    h) Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya. 

 


4. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


Tun Dr Mahathir bin Mohamad


Dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Menteri Pendidikan pada ketika itu.

    a) Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk kurikulum.

    b) Pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

    c) Sistem persekolahan dan kurikulum secara berperingkat demi peringkat.

 


5. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995

    a) Dasar Pendidikan.

    b) Kurikulum: KBSR & KBSM.

    c) Pendidikan bertaraf dunia.

    d) Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara.

 


6. Akta Pendidikan 1996

       Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi yang akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

6.1. Intipati Akta Pendidikan 1996

a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996.

 b) Sistem Pendidikan Kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan.

  c) Bahasa Kebangsaan diperkukuhkan kedudukannya.

  d) Kurikulum kebangsaan untuk semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan kehendak negara.

  e) Peperiksaan yang seragam kepada semua murid.

   f) Pendidikan Islam akan diperluaskan.

  g) Pendidikan prasekolah akan diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.

   h) Pendidikan Teknik dipertingkatkan.

   i) Pendidikan guru diperkukuhkan.

   j) Pendidikan swasta diperkembangkan dengan lebih sistematik.

   k) Pendidikan khas lebih diberi perhatian.

    l) Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dikekalkan.

  m) Bahasa suku kaum diperuntukkan pengajarannya sekiranya boleh diterima.

 

Daftar Kata

 Rang Undang-Undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja. Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia menjadi Akta.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan