Sejarah Ringkas Penjajahan Tanah Melayu


SEJARAH RINGKAS PENJAJAHAN TANAH MELAYU





Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun oleh kuasa-kuasa asing , di mana kebanyakannya didominasi oleh Eropah bermula tahun 1511. Ia dimulai dengan penjajahan oleh orang-orang Portugis pada tahun 1511 sehingga 1641, diikuti Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824 serta British pada tahun 1824 sehingga 1957. Satu-satunya kuasa timur yang sempat menjajah Tanah Melayu iaitu Jepun bermula tahun 1941 hingga 1945. Tempoh penjajahan Jepun hanya berlaku dalam jangka masa yang singkat berikutan terjadinya peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat.


Alfonso de Albuquerque merupakan individu yang terkenal bertanggungjawab untuk menyerang  Melaka pada tahun 1511. Pengalaman dalam episod peperangan yang lalu serta kebencian yang tinggi terhadap agama Islam mendorong  Alfonso untuk berjaya menawan Kota melaka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan