ERA PENJAJAHAN INGGERIS

CIRI - CIRI PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN INGGERIS


DAFTAR KATA:

DUALISME = kewujudan dua elemen atau prinsip yang berbeza pada satu-satu masa.

IDEOLOGI = fahaman yang diajar kepada umum dan mempunyai tujuan.

ISOLASI = pengasingan, pemisahan.

LIBERALISASI = proses membebaskan masyarakat daripada sesuatu (seperti agama dan moral).

POLARISASI = pertembungan pendapat antara dua atau beberapa pihak.

VERNAKULAR = bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.



HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN INGGERIS

1) Matlamat pendidikan pada Era Penjajahan Inggeris : 

Bertujuan mengukuhkan “Dasar pecah & perintah” kerana British ingin mengekalkan kuasa, menguasai ekonomi serta menyebarkan agama.

Hal ini bertepatan dengan konsep motivasi 3G  orang-orang Eropah yang sedang mengalami zaman Renaissance ketika itu iaitu GOLD, GOSPEL & GLORY

GOLD – Untuk mengeksploitasi hasil bumi dari Timur seperti emas, bijih timah, logam serta rempah ratus.

GOSPEL – Penyebaran agama Nasrani (Kristian). 

GLORY – Negara Eropah bersaing agar dapat menunjukkan kekuasaan mereka dengan menjajah negara timur.


2) Institusi pendidikan diasingkan mengikut  lokasi sesuatu kaum.


3) Pendidikan formal mula dibangunkan di sekolah.

Antara sekolah yang wujud ketika era pemerintahan Inggeris ialah:



i) Sekolah Melayu

- Terbahagi kepada sekolah vernakular Melayu dan sekolah pondok.

- Pendidikan asas selama 4 tahun.

- British tidak mengambil berat pendidikan untuk kaum Melayu kerana risau kedudukan mereka akan tergugat.

- Oleh itu, pendidikan fokus kepada kemahiran bertujuan melahirkan petani , penoreh dan tenaga buruh. (Pekerjaan di kampung) seperti  pelajaran Membaca, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Kira-Kira, Ilmu Alam, Latihan Jasmani, Kemahiran Hidup (perkebunan, pertukangan dan penternakan).

 

ii) Sekolah Cina

- Pembinaan sekolah mendapat peruntukan daripada orang perseorangan dan persatuan-persatuan.

- Sekolah berbentuk vernakular (menggunakan bahasa pengantar Cina)

- Kurikulum dan guru yang diambil daripada Negara China.

- tiga tahap persekolahan : (6 tahun sekolah rendah, 3 tahun Junior Middle dan 3 tahun lagi Senior Middle.

- mendapat tajaan daripada kerajaan Manchu untuk menyebarkan ideologi.

- Kurikulum yang dijalankan ialah Hafalan Klasik Lama, Ilmu Hisab, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam dan Moral.

 

iii) Sekolah Tamil

- Pada awalnya pendidikan Tamil berkonsep 'sekolah pondok' (Thinnai palli) yang terletak di rumah pendeta kuil dalam ladang.

- Sekolah berbentuk vernakular (menggunakan bahasa pengantar Tamil)

- Kurikulum dan guru yang diambil daripada India.

- Penang Free School Antara sekolah terawal yang menubuhkan kelas Tamil secara formal pada tahun 1816.

 

iv) Sekolah Inggeris

- Mendapat peruntukan daripada gereja dan pemerintah untuk mendirikan sekolah. 

- Pembelajaran yang lebih bersifat akademik seperti Sains, Ilmu Alam, Pendidkan Jasmani, bahasa Inggeris, Sejarah Eropah dan Matematik.

- Membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai peperiksaan seperti Cambridge Overseas School Certificate.

- Bangsa Melayu tidak ramai yang masuk ke sekolah inggeris kerana mereka tinggal jauh daripada bandar.



MATLAMAT PENDIDIKAN DARI SUDUT FALSAFAH :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan