Khamis, 27 April 2023

Jenis Pendidikan & Hala Tuju Perkembangan Pendidikan Malaysia

JENIS & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA



UNIT 2 : Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

PENGENALAN

Perkembangan Pendidikan di Malaysia adalah suatu kesinambungan warisan yang panjang daripada sistem pendidikan vernakular hingga akhirnya sistem pendidikan Malaysia kini berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat negara, dasar-dasar negara, Rukun Negara dan sebagainya. 

Dalam unit 2 ini, anda akan dapat :

➤ menerangkan jenis dan hala tuju perkembangan pendidikan mengikut era.

➤ membincangkan kriteria dasar & hala tuju pendidikan setiap era.

➤ menganalisis perkembangan pendidikan semasa era penjajahan.

➤ membanding bezakan matlamat pendidikan terhadap pembangunan insan & negara pada era sebelum & selepas merdeka.